FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESETIAAN TERHADAP JENAMA DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Authors

  • Syuhaily Osman Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Nashatul Hasra Ahmad Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor harga, jenama dan kualiti yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Sebanyak 200 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan mereka dipilih melalui persampelan rawak sistematik. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Ujian korelasi Pearson telah dilakukan untuk perkaitan antara faktor harga, jenama, kualiti dan kesetiaan terhadap jenama manakala ujian analisis regresi berganda digunakan bagi menentukan faktor yang paling mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama. Hasil kajian mendapati bahawa, perkaitan antara pemboleh ubah bebas dengan kesetiaan terhadap jenama wujud antara faktor harga (p=0.000), faktor jenama (p=0.000) dan faktor kualiti (p=0.000). Secara keseluruhan, faktor jenama merupakan faktor yang paling mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pengguna, pengeluar, pemasar dan penyelidik untuk mengekalkan kesetiaan terhadap jenama.

 

Abstract
This study aims to examine the factors of price, brand and quality influencing brand loyalty among students in Universiti Putra Malaysia. A total of 200 respondents were involved in this research whereby they were chosen by using a systematic random sampling. The data were collected by using self-administered questionnaire. Pearson correlation test was conducted to examine the relationship between the factor of price, brand and quality, towards brand loyalty while multiple regression analysis test was performed to determine the most influential factor towards brand loyalty. The result showed that relationships between independent variables with brand loyalty existed between the factors of price (p=0.000), brand (p=0.000) and quality (=0.000). Overall, the factor of brand was the most influential factor in influencing brand loyalty among students of Universiti Putra Malaysia. The results of this study gave the implications to consumers, manufacturer’s, marketers and researchers in order to maintain loyalty towards brand.

Keywords: Brand loyalty; Price; Brand; Quality; Student

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Osman, S., & Ahmad, N. H. (2024). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESETIAAN TERHADAP JENAMA DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Jurnal Pengguna Malaysia, 33, 56–74. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/105

Issue

Section

Articles