Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kepuasan pengguna (jenama, kualiti dan harga) terhadap kesetiaan jenama dalam kalangan pengguna telefon pintar di UPM, Serdang. Sejumlah 200 orang responden telah menyertai kajian ini yang dipi

Authors

  • Syuhaily Osman Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Farah Liyana Ishak Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Faktor kepuasan pengguna, Jenama, Kualiti, Harga, Kesetiaan jenama

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kepuasan pengguna (jenama, kualiti dan harga) terhadap kesetiaan jenama dalam kalangan pengguna telefon pintar di UPM, Serdang. Sejumlah 200 orang responden telah menyertai kajian ini yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Satu set borang soal selidik ditadbir sendiri diedarkan kepada responden. Ujian korelasi Pearson telah digunakan untuk mengkaji perhubungan antara faktor kepuasan pengguna dari segi jenama, kualiti dan harga terhadap kesetiaan jenama telefon pintar. Hasil kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah bebas mempunyai perhubungan yang positif iaitu jenama (r=.599, p=.000), kualiti (r=.243, p=.001) dan harga (r=.454, p=.000). Selain itu, hasil ujian analisis regresi berganda menunjukkan jenama merupakan faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kesetiaan jenama (Beta= 0.489; p = 0.000) telefon pintar dan faktor kualiti tidak mempengaruhi kesetiaan jenama apabila ujian dilakukan secara serentak. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pengeluar, peniaga, pengguna dan penyelidik untuk mengetahui sejauh mana pengaruh faktor penentu kepuasan pengguna dari segi jenama, kualiti dan harga terhadap kesetiaan jenama telefon pintar.

 

Abstract
The main purpose of this study is to investigate the influential factors of consumer satisfaction (brand, quality and price) towards brand loyalty among smartphone users at UPM, Serdang. A total of 200 respondents were participated in this study which were selected through the systematic random sampling method. A set of self- administered questionnaires was distributed to the respondents. Pearson's correlation test was used to determine the relationship between factors of consumer satisfaction in terms of brand, quality and price towards the brand loyalty in smartphone purchasing behavior. The results showed that all independent variables have a positive relationship which were brand (r = .599, p = .000), quality (r = .243, p = .001) and price (r = .454, p = .000). Besides that, multiple regression analysis results indicated that brand (Beta= 0.489; p = 0.000) was the strongest predictor towards brand loyalty in smartphones and the quality factor does not have significant relationship towards brand loyalty in smartphones when testing were conducted simultaneously. This findings give implications for manufacturers, traders, consumers and researchers to determine to what extent the influential factors of consumer satisfaction in terms of brand, quality and price towards the brand loyalty in smartphones.
Keywords: Consumer satisfaction factors; Brand; Quality; Price; Brand loyalty

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Osman, S., & Ishak, F. L. (2024). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kepuasan pengguna (jenama, kualiti dan harga) terhadap kesetiaan jenama dalam kalangan pengguna telefon pintar di UPM, Serdang. Sejumlah 200 orang responden telah menyertai kajian ini yang dipi. Jurnal Pengguna Malaysia, 33, 96–116. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/108

Issue

Section

Articles