TAHAP PENGETAHUAN, NIAT DAN TINGKAH LAKU HIJAU DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAMDI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Keywords:
Tingkah laku hijau, Tahap pengetahuan, Penjawat awamAbstract
Pemanasan global dan perubahan iklim dunia yang melampau pada dekad ini memberi kesedaran kepada masyarakat dunia untuk bertingkah laku hijau bagi menjaga kesejahteraan alam sekitar. Setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju untuk menggalakkan pertumbuhan hijau dalam negara bagi mengurangkan kesan buruk aktiviti ekonomi kepada kesejahteraan alam sekitar. Oleh itu, kajian ini adalah mengenai perubahan tingkah laku hijau di pejabat dalam kalangan penjawat awam sebagai salah satu komitmen kerajaan bagi menggalakkan pertumbuhan hijau dalam negara melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Kajian dijalankan di Wilayah Persekutuan Putrajaya terhadap 460 orang penjawat awam yang dipilih secara persampelan rawak bersistematik. Hasil kajian mendapati pengetahuan berkenaan aktiviti hijau di pejabat dan niat tingkah laku hijau di pejabat mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan terhadap tingkah laku hijau di pejabat dalam kalangan penjawat awam. Oleh yang demikian, program kesedaran yang menerapkan pengetahuan aktiviti hijau di pejabat perlu dilaksana dengan konsisten kepada penjawat awam. Selain itu, pihak pengurusan perlu mengadakan garis panduan dan galakan bagi meningkatkan niat tingkah laku hijau dalam kalangan penjawat awam di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
ABSTRACT
Global warming and extreme global climate change in this decade prompt the global community to conduct green behaviour to protect the well-being of the environment. Each member of the United Nations agrees to promote green growth in the country to minimize the adverse effects of economic activity on the welfare of the environment. Therefore, this study is about the behavioural changes in the workplace among civil servants as one of the government's commitments to promoting green growth in the country through the 11th Malaysia Plan. The study was conducted in Putrajaya among 460 civil servants selected by randomized systematic sampling. The findings reveal that the knowledge of green activities in the workplace and the intention of green behaviour have a positive and significant relationship to green workplace behaviour among civil servants. Consequently, awareness programs that increase knowledge of green activities in the workplace need to be conducted consistently to civil servants. Besides, the management should provide guidelines and incentives to enhance green behaviour among civil servants in Putrajaya.
Keywords: Green behavior, Level of knowledge, Practicing intention, Civil servants
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.