HUBUNGAN FAKTOR DEMOGRAFI DENGAN PENGGUNAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI NEGERI SEMBILAN

Authors

  • Mohd Roslan Rosnon Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Human Ekologi
  • Sarjit S. Gill Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Human Ekologi
  • Ma’rof Redzuan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Human Ekologi

Keywords:

Kepenggunaan, demografi, Orang Asli, barangan dan perkhidmatan

Abstract

Perubahan konsumerisme dari segi barangan dan perkhidmatan dalam kalangan masyarakat Orang Asli merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi. Perubahan ini berkait rapat dengan kontak sosial mereka dan juga perubahan tahap sosioekonomi yang mendorong mereka berubah daripada segi gaya hidup. Peningkatan kualiti hidup melalui pekerjaan, pendapatan dan juga pendidikan, memainkan peranan penting dalam menentukan perubahan nilai kepenggunaan dari kepenggunaan tradisional ke arah kepenggunaan moden. Justeru, makalah ini membincangkan hubungan faktor demografi responden dengan tahap penggunaan barangan dan perkhidmatan arus perdana dalam kalangan komuniti Orang Asli Temuan. Seramai 325 Orang Asli di daerah Jelebu terlibat sebagai responden kajian. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian secara tinjauan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian tidak turut serta. Data kajian yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan analisis crosstab yang dijalankan, hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan barangan dengan status pekerjaan ( ²=7.108; p=0.029), pendapatan ( ²=33.288; p=0.001), tahap pendidikan ( ²=75.839; p=0.001) dan lokasi ( ²=10.610; p=0.005). Selain itu, wujud juga hubungan yang signifikan antara pendapatan ( ²=10.235; p=0.03), tahap pendidikan ( ²=27.254; p=0.001) dan lokasi ( ²=30.888; p=0.001) dengan tahap penggunaan perkhidmatan. Walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara status pekerjaan ( ²=1.067; p=0.587) dengan tahap penggunaan perkhidmatan. Secara kesimpulannya, kepenggunaan dalam kalangan komuniti Orang Asli sudah mulai berubah disebabkan keterdedahan mereka terhadap kontak sosial. Perubahan yang berlaku adalah bergantung kepada latar belakang sosioekonomi komuniti Orang Asli. Implikasinya, cara gaya hidup komuniti Orang Asli sudah beranjak daripada cara hidup tradisional kepada corak kehidupan arus perdana melalui manifestasi kepenggunaan mereka. Dalam masa yang sama wujudnya kebimbangan penguasaan nilai hedonisme dalam komuniti Orang Asli yang boleh menghakis nilai dan identiti tradisional mereka. Justeru, pengetahuan dan pendidikan mengenai kepenggunaan wajar diberikan kepada komuniti Orang Asli agar mereka tidak menjadi mangsa hedonisme kemewahan dunia moden yang dibawa oleh arus perdana.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Rosnon, M. R., Sarjit S. Gill, & Redzuan, M. (2024). HUBUNGAN FAKTOR DEMOGRAFI DENGAN PENGGUNAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI NEGERI SEMBILAN. Jurnal Pengguna Malaysia, 32, 42–54. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/115

Issue

Section

Articles