TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP PENGGUNA TERHADAP TINGKAH LAKU PEMILIKAN PELAN INSURANS
Keywords:
Tahap Pengetahuan, Sikap, Tingkah Laku, Pemilikan InsuransAbstract
Insurans adalah satu pemindahan risiko iaitu memindahkan risiko kerugian kewangan akibat peristiwa tertentu yang tidak dapat diramalkan dari individu kepada penanggung insurans sebagai balasan untuk bayaran atau premium. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan dan sikap pengguna terhadap tingkah laku pemilikan pelan insurans. Seramai 200 responden telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan teknik persampelan rawak bertujuan. Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) digunakan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi tingkah laku pengguna berkaitan dengan pemilikan insurans. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 22. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan dan sederhana antara jumlah pendapatan dengan tahap pengetahuan (r=0.378), jumlah pendapatan dengan sikap pengguna (r=-0.240). Manakala wujudnya hubungan yang signifikan dan rendah antara tahap pendidikan dan sikap pengguna terhadap pemilikan pelan insurans dengan nilai negatif (r=-0.141). Selain itu, terdapat juga hubungan yang tidak signifikan iaitu antara tahap pendidikan dan tahap pengetahuan (rs=0.242), tahap pendidikan dengan sikap pengguna (rs=0.0354) dan antara tahap pengetahuan dengan tingkah laku terhadap pemilikan insurans (r=0.032). Kesimpulannya, jumlah pendapatan mempunyai hubungan ya ng signifikan dengan tahap pengetahuan dan sikap pengguna serta hubungan yang signifikan juga antara tahap pendidikan dan sikap pengguna. Oleh yang demikian, mengadakan kempen kesedaran pengguna mengenai kepentingan perlindungan insurans dan pendidikan berkaitan insurans kepada golongan remaja adalah perlu bagi meningkatkan tahap pengetahuan pengguna.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.