PENGURUSAN HUTANG KAD KREDIT DALAM KALANGAN PEKERJA MUDA

Authors

  • Amira Sofia Ahmad Basr Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Norzalina Zainudin Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong pengurusan hutang kad kredit dalam kalangan pekerja muda di Univeriti Putra Malaysia. Persampelan rawak mudah digunakan dalam memilih 200 responden yang bekerja di lima buah fakulti yang terdapat di Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian mendapati perkaitan yang signifikan di antara pengetahuan dan sikap terhadap tingkahlaku pengurusan hutang kad kredit dalam kalangan pekerja. Selain itu, ujian regresi pelbagai membuktikan pengaruh faktor sikap yang dominan dalam aspek pengurusan hutang kad kredit. Bagaimanapun, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pendidikan dan pendapatan individu terhadap tingkahlaku pengurusan hutang kad kredit. Sehubungan itu dicadangkan golongan pekerja muda perlulah didedahkan dengan strategi pendidikan kewangan dari awal lagi supaya dapat memupuk sikap yang positif terhadap kewangan dan pengurusan hutang yang baik dan berkesan. Kata kunci: Pengurusan hutang, kad kredit, pekerja muda.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Ahmad Basr, A. S., & Zainudin, N. (2024). PENGURUSAN HUTANG KAD KREDIT DALAM KALANGAN PEKERJA MUDA. Jurnal Pengguna Malaysia, 31, 82–90. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/126

Issue

Section

Articles