SEJARAH MATAWANG DARI ERA PENJAJAHAN PORTUGIS SEHINGGA KE PEMBENTUKAN BANK NEGARA MALAYSIA

Authors

  • Mohd Amim Othman Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Husniyah Abdul Rahim Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Abstract

Matawang adalah suatu alat penting dalam system kewangan kerana ia memudahkan aktiviti pertukaran barangan di antara pengguna dan peniaga. Sebelum sesuatu matawang dicipta, aktiviti kewangan dalam kehidupan manusia adalah mudah dan keperluan kepada pelbagai barangan dan perkhidmatan tidak mendesak. Produk dan perkhidmatan terhad kepada penggunaan peribadi dan perhubungan dengan pihak luar tidak begitu luas dan terhad. Individu menggunakan system pertukaran (barter) barangan sebagai cara terbaik untuk mendapatkan barangan orang lain. Sehinggalah, wang dicipta bagi memudahkan pertukaran barangan antara dua pihak. Penetapan nilai pada wang menjadi medium mengukur standard pada barangan yang bakal ditukar atau diperolehi. Apabila aktiviti kehidupan manusia semakin berkembang serta memerlukan kepada pelbagai produk dan perkhidmatan, aktiviti pertukaran barangan semakin meningkat sehingga menimbulkan masalah dalam mendapatkan barangan yang diperlukan. Aktiviti pertukaran menjadi sukar apabila kualiti dan kuantiti barangan yang hendak ditukar tidak sama dari segi nilai dan standard yang diperlukan. Penciptaan wang sebagai alat pertukaran barangan dan perkhidmatan merancakkan aktiviti ekonomi dan perdagangan kerana pelbagai barangan dapat diperolehi dengan mengunakan medium perantara nilai yang sama dalam mengukur nilai barangan yang hendak ditukar.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mohd Amim Othman, & Abdul Rahim, H. (2024). SEJARAH MATAWANG DARI ERA PENJAJAHAN PORTUGIS SEHINGGA KE PEMBENTUKAN BANK NEGARA MALAYSIA. Jurnal Pengguna Malaysia, 31, 103–125. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/128

Issue

Section

Articles