GELAGAT PEMBELIAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PENGGUNA DI KUALA LUMPUR
Abstract
Kajian pengguna Internet pada tahun 2017 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM, 2017) menunjukkan pengguna Internet pada tahun 2016 adalah sebanyak 24.5 juta orang dengan telefon pintar menjadi alat utama yang digunakan untuk melayari Internet. Penyertaan dalam perdagangan elektronik juga telah meningkat kepada 48.8% dengan online bank transfer menjadi kaedah pembayaran yang paling kerap digunakan dalam urus niaga pembelian menerusi Internet pada tahun 2016. Dapatan kajian SKMM tersebut menggambarkan bahawa ekonomi digital yang sangat berkait rapat dengan Revolusi Industri 4.0 sebenarnya menekankan tentang aspek automasi dan Internet of Things (IoT) hampir dalam kesemua aspek kehidupan (Utusan Malaysia, 2017). Justeru, adalah wajar untuk Malaysia melaksanakan dasar inklusif ekonomi digital yang bermaksud kesemua lapisan masyarakat mendapat akses sekurang-kurangnya pada tahap tertentu, terutama berkait perkara yang melibatkan IoT. Secara langsung, penglibatan kumpulan berpendapatan rendah, warga tua dan orang kurang berupaya dalam segmen ekonomi digital dapat dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia dilihat komited membangunkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi memandangkan perbelanjaan terhadap infrastruktur, software dan perkhidmatan dijangka bertumbuh sebanyak 3.3% yang bernilai RM21.16 bilion pada tahun 2017 (International Data Corporation, 2016).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.