NIAT PEMBELIAN PRODUK HIJAU DALAM KALANGAN PENGGUNA DI MALAYSIA
Abstract
Pencemaran alam sekitar merupakan isu alam sekitar yang meningkatkan potensi penyebaran penyakit dan menjejaskan kualiti kehidupan. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) (2010), Malaysia menghadapi masalah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan tanah akibat daripada kegiatan manusia. Produk hijau telah menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia disebabkan produk konvensional menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar (Qiao & Wang, 2011). Masalah pencemaran alam sekitar telah mendorong pemasar dan kerajaan melakukan usaha mempromosikan produk hijau kepada pengguna (Chen & Chai, 2010; Nezakati & Hosseinpour, 2014). Kajian ini mengaplikasikan Teori Gelagat Terancang bagi mengetahui niat terhadap tingkah laku pengguna. Teori Gelagat Terancang mempunyai tiga faktor yang diramal mempengaruhi niat pembelian produk hijau dalam kalangan pengguna iaitu sikap, pengaruh norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.