TAHAP KEPUASAN KE ATAS PENDAPATAN, PERBELANJAAN, SIMPANAN DAN PEMILIKAN HARTA ISI RUMAH DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM DI PUTRAJAYA
Abstract
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan berusaha meningkatkan kesejahteraan hidup bagi semua lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengenal batas agama dan bangsa. Kerajaan juga sentiasa mengambil pendekatan pembangunan yang seimbang dengan memberikan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi selain mengutamakan kesejahteraan hidup kepada rakyat. Pihak kerajaan juga telah membangunkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia bagi mengukur tahap kesejahteraan dengan menggunakan 14 komponen yang merangkumi subkomposit Kesejahteraan Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial (Unit Perancang Ekonomi, 2013).
Kesejahteraan hidup penjawat awam adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian sewajarnya selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan dalam kalangan penjawat awam. Hal ini kerana pekerja yang mempunyai kesejahteraan hidup yang tinggi dapat memberikan kesan positif ke atas prestasi kerja mereka (Baptiste, 2008).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.