TINGKAH LAKU PENGURUSAN KEWANGAN, MASALAH KEWANGAN, KESEJAHTERAAN HIDUP DAN PROGRAM SOKONGAN PENGGUNA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Authors

  • Mohamad Fazli Sabri Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia
  • Nuraini Abdullah Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia
  • Thinagaran Moga Dass Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia

Abstract

Perubahan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan harga barang menyebabkan masyarakat perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Perbelanjaan di luar kawalan sering kali menyebabkan keadaan keberhutangan yang tinggi, terutamanya bagi golongan yang baru memasuki alam pekerjaan. Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) (2012), mendapati bahawa sebanyak 37 peratus golongan muda berbelanja di luar kemampuan dan selebihnya langsung tidak mempunyai tabungan. Manakala, berdasarkan kajian Nielsen Global Survey of Consumer Confidence and Spending Intentions (2016), didapati bahawa 88 peratus penduduk Malaysia mengakui perlu mengikut bajet perbelanjaan yang ditetapkan agar perbelanjaan yang tidak diperlukan dapat dikurangkan. Perubahan-perubahan dalam perbelanjaan isi rumah ini mugkin disebabkan beberapa faktor seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), peningkatan harga barang dan kelembapan ekonomi semasa (Nielsen Global Survey of Consumer Confidence & Spending Intentions, 2016), dan perubahan dalam harga barang dan kelembapan ekonomi negara (Thaiyoong, Gills & Paul, 2011). Kesemua ini mendorong kepada kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Sabri, M. F., Abdullah, N., & Thinagaran Moga Dass. (2024). TINGKAH LAKU PENGURUSAN KEWANGAN, MASALAH KEWANGAN, KESEJAHTERAAN HIDUP DAN PROGRAM SOKONGAN PENGGUNA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. Jurnal Pengguna Malaysia, 30, 103–121. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/134

Issue

Section

Articles