PENILAIAN IMPAK PROGRAM PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PESERTA PROGRAM BIJAK WANG
Abstract
Perkembangan ekonomi semasa yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup menyebabkan pendidikan kewangan lebih diperlukan untuk survival pengguna. Penyertaan dan penglibatan pengguna dalam pasaran kewangan secara efektif boleh meningkatkan kesejahteraan ekonomi individu itu sendiri. Oleh itu, pendidikan kewangan merupakan kunci supaya masyarakat mendapat faedah daripada sistem kewangan dan teknologi terbaharu yang boleh mengubah lanskap kewangan. Ia akan membantu pengguna untuk lebih memahami risiko yang terlibat dalam menguruskan kewangan dan akan memudahkan mereka dalam membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Oleh itu, untuk membina satu generasi yang mampu mengurus kewangan secara cekap dan berhemah, hal ini harus bermula padai peringkat awal.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.