KESEJAHTERAAN KEWANGAN DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL DI NEGERI SEMBILAN

Authors

  • Norlela Zainal Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
  • Husniyah Abdul Rahim Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
  • Mohamad Fazli Sabri Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pada masa kini, isu kos sara hidup dalam kalangan penduduk yang berpendapatan rendah, khususnya ibu tunggal perlu dikaji untuk memahami masalah kemiskinan yang berlaku terutamanya di bandar. Sesebuah keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal sering menerima stigma negatif oleh masyarakat kerana kegagalan dan konflik yang berlaku dalam kehidupan rumah tangga serta mempunyai taraf ekonomi yang rendah. Hal ini menyukarkan seseorang ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan selepas perceraian atau kematian suami untuk menyara kehidupan diri dan anak-anak kerana terpaksa menanggung tanggungjawab secara sepenuhnya dalam menguruskan rumahtangga dan juga membesarkan anak-anak secara sendirian (Zarina, 2009). Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM, 2012), telah melaporkan bahawa kebanyakan ibu tunggal di seluruh dunia sering dihimpit masalah kemiskinan yang merupakan keadaan seseorang individu atau isi rumah yang tidak memperoleh keperluan asas seperti pakaian, perumahan, pendidikan dan kesihatan yang sempurna. Menurut Nor Aini dan Selvaratnam (2012), seseorang wanita yang bercerai hidup atau mati sangat mudah menjadi miskin serta-merta berikutan mereka terpaksa menyara anak secara sendirian tanpa nafkah atau harta yang ditinggalkan oleh suami. Masalah ini menjadi lebih rumit kerana kehidupan di bandar melibatkan kos hidup yang tinggi. Tanggungjawab menguruskan keperluan keluarga ini menimbulkan tekanan akibat bebanan yang harus dipikul oleh ibu tunggal sendiri, terutamanya dari aspek ekonomi. Cabaran dan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal ini secara tidak langsung membawa kepada meningkatnya kadar kemiskinan di bandar. Keadaan tersebut telah mendesak golongan ini untuk keluar bekerja bagi menampung kos hidup anak-anak dan diri sendiri.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Zainal , N., Abdul Rahim, H., & Sabri, M. F. (2024). KESEJAHTERAAN KEWANGAN DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL DI NEGERI SEMBILAN. Jurnal Pengguna Malaysia, 29, 39–51. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/137

Issue

Section

Articles