PENGENALPASTIAN DOMAIN DAN INDIKATOR INDEKS SISA SIFAR PEPEJAL ISI RUMAH PENGGUNA MALAYSIA
Abstract
Sisa sampah sarap dan sisa pepejal yang dihasilkan oleh pengguna di Malaysia semakin meningkat hari demi hari. Masalah penggunaan yang berlebihan dalam kalangan masyarakat memberi kesan buruk ke atas kelestarian alam sekitar di mana kadar penggunaan telah jauh melebihi kadar penggantian yang berlaku secara semula jadi. Hal ini sekali gus meningkatkan lagi pembuangan sisa pepejal. Peningkatan kadar penjanaan sisa pepejal secara drastik sememangnya isu yang sangat membimbangkan. Hal demikian berkadar langsung dengan aktiviti ekonomi dan pertumbuhan penduduk (Lau 2004; Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) 2000). Berdasarkan kajian Imura, Yedla, Shinirakawa, dan Memon (2005), kepesatan pertumbuhan penduduk telah meningkatkan penghasilan sisa pepejal dan perubahan dalam komposisi sisa.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.