STATUS KEWANGAN DAN TEKANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA

Authors

  • Norain Mod Asri Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norlaila Abu Bakar Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Iman Athira Laili Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Dewasa ini, rata-rata masyarakat mengeluh dengan peningkatan kos sara hidup tidak kira di bandar mahupun luar bandar. Hatta mahasiswa yang belajar di kolej dan universiti juga merasai bahang dan kesan kenaikan kos sara hidup dalam kawasan kampus sendiri. Walaupun mahasiswa tidak sebeban isi rumah lain yang sudah berkeluarga serta mempunyai komitmen untuk membayar ansuran hutang bulanan, tetapi status sebagai pelajar menuntut agar mereka sentiasa komited dengan pembelajaran agar mencapai keputusan akademik seperti yang bukan sahaja mereka kehendaki, tetapi juga dikehendaki oleh penaja dan keluarga. Apa jua masalah yang datang tidak boleh dianggap sebagai penghalang jika mereka ingin berjaya dalam akademik. Namun, apabila golongan pelajar ini berhadapan dengan masalah ketakcukupan kewangan dalam situasi kos hidup yang tinggi, maka mereka mudah terdedah kepada tekanan. Di sini muncullah isu sama ada pelajar tersebut mampu menangani tekanan dalam menguruskan kehidupan seharian.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mod Asri, N., Abu Bakar, N., & Laili, I. A. (2024). STATUS KEWANGAN DAN TEKANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA. Jurnal Pengguna Malaysia, 29, 63–83. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/139

Issue

Section

Articles