KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

Authors

  • Bukryman Sabri Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Nur Ashikin Zainuddin Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada 2008 telah menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian dan kejatuhan harga pasaran yang teruk. Hal ini menyebabkan banyak negara yang terkena tempias hasil daripada kejatuhan itu, termasuklah Malaysia. Selepas berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 2008, negara telah menghadapi masalah ekonomi yang teruk. Akibat daripada itu, antara yang menerima kesan langsung daripada kegawatan ekonomi ini adalah rakyat Malaysia itu sendiri. Antara masalah yang dihadapi oleh rakyat ialah kenaikan harga barang yang mendadak, kenaikan inflasi dan juga kehilangan mata pencarian. Hal ini menyebabkan rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi dalam menampung kehidupan seharian akibat daripada kenaikan harga barang keperluan asas. Secara tidak langsung ia juga turut memberi kesan ke atas kehidupan mahasiswa juga. Zydiawati (2015) menyatakan bahawa dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, fungsi wang hasil daripada pendapatan isi rumah di Malaysia semakin bertambah dari hari ke hari. Pertambahan ini adalah berkait langsung dengan peningkatan berterusan kos sara hidup masa kini yang perlu ditampung oleh setiap isi rumah bandar mahupun luar bandar.
Kos sara hidup sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi semasa negara dan dunia. Menurut Reserve Bank of Australian (2014) kos sara hidup ialah peruntukan kewangan yang seimbang untuk menyara kehidupan bagi memenuhi setiap keperluan. Di samping itu, kos untuk menyara kehidupan sering berubah-ubah mengikut putaran ekonomi pada masa kini seperti pendapatan, peningkatan harga barangan dan sebagainya. Selain itu, indeks kos sara hidup digunakan untuk mentafsir perubahan dari semasa ke semasa kuasa beli sesebuah isi rumah. Ia juga turut mengambil kira pengukuran kepada kesan perubahan harga bagi perbelanjaan yang dibuat oleh isi rumah untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Sabri, B., & Zainuddin, N. A. (2024). KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM. Jurnal Pengguna Malaysia, 29, 117–125. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/142

Issue

Section

Articles