HAK DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA DALAM PRODUK HALAL

Authors

  • Nasihah Naimat Universiti Putra Malaysia
  • Elistina Abu Bakar Universiti Putra Malaysia
  • Afida Mastura Muhammad Ariff Universiti Putra Malaysia

Abstract

Islam merupakan agama yang syumul (sempurna) yang menyediakan peraturan dan garis panduan dalam semua aspek kehidupan manusia. Matlamat utama peraturan dan garis panduan dalam Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya (Basri & Wan Mohd Yusuf, 2011). Persoalan halal haram, terutamanya dari segi pemakanan menjadi isu yang cukup sensitif dan sangat ditekan dan dipandang berat oleh masyarakat Islam di Malaysia (Abdul Basit & Sahilah, 2010). Perihal halal haram ini bukan sahaja merupakan isu sensitif, malah ia juga dilihat sebagai isu yang tidak boleh diperlekehkan. Hal ini adalah kerana pemilihan makanan yang halal adalah satu kewajipan dan tanda ketundukan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Naimat, N., Abu Bakar, E., & Muhammad Ariff, A. M. (2024). HAK DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA DALAM PRODUK HALAL. Jurnal Pengguna Malaysia, 28, 54–68. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/147

Issue

Section

Articles