POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN DALAM KALANGAN PENGGUNA KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M)

Authors

  • Norashiken Ishak Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia
  • Mohamad Fazli Sabri Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia
  • Shamsul Azahari Zainal Badari Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia

Abstract

Konsep ‘public happiness’ dalam bajet tahun 2017 merupakan manifestasi kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk mengekalkan nikmat kemakmuran dengan memberi tumpuan utama memperkasakan kesejahteraan kualiti hidup rakyat seiring dengan pembangunan negara. Ia mendasari matlamat Rancangan Malaysia Ke-11, iaitu memastikan semua rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang baik, ke arah memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal dan psikologi individu (Unit Perancang Ekonomi, EPU 2015). Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia mendefinisikan kesejahteraan sebagai pelbagai manfaat yang diperoleh dan dinikmati secara langsung atau tidak langsung serta menyumbang kepada kepuasan hidup individu, keluarga dan masyarakat (Unit Perancang Ekonomi, EPU 2013).
Sejajar dengan aspirasi Program Transformasi Kerajaan (GTP)-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup (COL), inisiatif seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga diperluas ke seluruh negara bagi meningkatkan kebolehcapaian masyarakat kepada barangan harga patut dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, terutamanya B40 yang tinggal di bandar (EPU, 2015).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Ishak, N., Sabri, M. F., & Badari, S. A. Z. (2024). POLA PERBELANJAAN DAN TINGKAH LAKU PEMBELIAN DALAM KALANGAN PENGGUNA KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M). Jurnal Pengguna Malaysia, 28, 69–91. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/148

Issue

Section

Articles