TIADA JAMINAN KEDAPATAN MAKANAN, STATUS PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN DALAM KALANGAN PENERIMA BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYRAKAT DI KAWASAN BANGI DAN KAJANG
Abstract
Tiada jaminan kedapatan makanan berlaku apabila seseorang itu tidak memperoleh nutrien yang mencukupi, makanan yang tidak selamat untuk dimakan atau tidak berkemampuan untuk mendapatkan makanan seimbang (Campbell, 1991). Tiada jaminan kedapatan makanan dilihat sebagai ketidakupayaan dan ketidakmampuan untuk mendapatkan makanan yang cukup untuk kehidupan yang aktif dan sihat (Seligmen et al., 2010). Manakala Davis dan Tarasuk (1994) mendefinisikan tiada jaminan kedapatan makanan dalam kalangan isi rumah sebagai ketidakupayaan untuk memperoleh atau mengambil makanan dalam kualiti dan kuantiti yang mencukupi dengan cara yang diterima dalam sesuatu budaya, dan hal ini sering dikaitkan dengan keadaan kewangan isi rumah yang tidak stabil. Dalam erti kata lain, tiada jaminan kedapatan makanan dalam kalangan isi rumah bermaksud makanan tidak boleh diperoleh atau sumber bekalan makanan adalah terhad ekoran pelbagai faktor seperti kekangan sumber kewangan, bencana alam dan kemiskinan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.