PERKEMBANGAN BIDANG PERANCANGAN KEWANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd.Amim Othman Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
  • Ab. Mumin Ab. Ghani Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, UM

Abstract

Secara umumnya, perkembangan pesat sistem kewangan dunia mempengaruhi corak kehidupan dan kualiti hidup manusia. Peningkatan tahap kualiti hidup isi rumah bermaksud purata aliran tunai dan perbelanjaan kewangan dalam perbelanjaan isi rumah turut meningkat. Hal ini bersesuaian dengan pelan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) 2016-2020 untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat dengan memastikan ekonomi ‘modal’ (capital economy) negara terus berkembang dan mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan isi rumah, menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan, keusahawanan serta jaringan keselamatan sosial.
Kehidupan moden mengubah gaya hidup individu, peluang mereka mendapatkan barangan dan perkhidmatan di pasaran, serta pelbagai jenis perbelanjaan keluarga. Tanggungjawab ketua isi rumah dalam sesebuah keluarga pula bukan hanya tertakluk pada membesarkan anak-anak tetapi turut merangkumi aspek pengurusan sumber yang terdapat di persekitaran. Mengurus sesebuah keluarga dan memenuhi keperluan kewangan isi rumah di bandar lebih mencabar berbanding dengan kehidupan di luar bandar. Hal ini menuntut keprihatinan individu dalam keluarga untuk merancang sumber kewangan secara berhemah.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mohd.Amim Othman, & Ab. Ghani, A. M. (2024). PERKEMBANGAN BIDANG PERANCANGAN KEWANGAN DI MALAYSIA. Jurnal Pengguna Malaysia, 27, 16–41. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/153

Issue

Section

Articles