TAHAP PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG PENGGUNA DI MALAYSIA

Authors

  • Norhafifah Samsudin Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
  • Elistina Abu Bakar Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
  • Zuroni Mat Jusoh Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
  • Afida Mastura Muhammad Arif Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,

Abstract

Undang-undang pengguna ialah undang-undang yang menekan akan hak pengguna dalam aspek pembekalan barang dan perkhidmatan, keselamatan barang dan perkhidmatan, liabiliti produk, perlakuan yang mengelirukan dan memperdaya serta remedi pengguna (Afida, Elistina & Syuhaily, 2014). Dalam hal ini, konsep pendayaupayaan pengguna mempunyai kaitan dengan pengetahuan undang-undang pengguna kerana pendayaupayaan pengguna merupakan satu konsep yang merangkumi pelbagai konsep yang bersifat kemahiran, hak dan kecekapan termasuklah keupayaan pengguna untuk mengumpul dan menggunakan maklumat serta mempunyai kelebihan di pasaran untuk menyediakan perlindungan undang-undang yang praktikal (Nardo, Loi, Rosati, & Manca, 2011).
Malahan, Knott, Zwick dan Schroeder (2006) menekankan pada salah satu model kajiannya, iaitu Consumer Sovereignty Model bahawa pengguna perlu bertindak secara rasional berlandaskan undang-undang dan harus fokus pada kepentingan dirinya dan pengguna-pengguna lain seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang. Pengguna sebegini akan mempunyai kuasa yang boleh menakluki pemasar kerana mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk menghadapi pelbagai isu antara dirinya dengan pemasar. Maka, peluang pemasar mengambil kesempatan terhadap diri pengguna sebegini adalah rendah (Knot et al., 2006). Oleh itu, pengetahuan undang-undang pengguna amat penting untuk mencapai proses pendayaupayaan pengguna.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Samsudin, N., Abu Bakar, E., Mat Jusoh, Z., & Muhammad Arif, A. M. (2024). TAHAP PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG PENGGUNA DI MALAYSIA. Jurnal Pengguna Malaysia, 27, 42–58. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/154

Issue

Section

Articles