TAHAP KEPERCAYAAN TERHADAP JAKIM, JENAMA DAN TINGKAH LAKU PEMILIHAN PREMIS MAKANAN FRANCAIS HALAL

Authors

  • Elistina Abu Bakar Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Nur Hanis Maizan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Industri makanan di Malaysia telah berkembang pesat dengan menawarkan pelbagai aneka pilihan makanan dan minuman. Antara yang meningkat naik umpama cendawan tumbuh selepas hujan ialah premis makanan francais yang majoritinya berasal dari luar negara, terutamanya dari Asia dan juga Barat. Rata-rata premis makanan francais ini menyasarkan pusat-pusat beli belah sebagai lokasi strategik mereka. Antara premis makanan francais yang mendapat sambutan serta mempunyai banyak outlet francais di seluruh Malaysia ialah Kenny Rogers Roasters, Genki Sushi, Sushi King, Nando’s dan yang paling pendapat sambutan ialah restoran yang berkonsepkan makanan segera (fast food) seperti McDonald, A&W, KFC, Texas Chicken, Pizza Hut, Dominos, Subway dan banyak lagi. Selain itu, ada juga premis makanan francais yang berkonsepkan kafe seperti Starbuck dan Coffee Bean serta tidak kurang juga premis francais yang menjual makanan berasaskan karbohidrat atau manisan seperti kek, roti dan aiskrim. Contoh premis makanan francais asing yang menjual makanan seperti ini ialah Baker’s Cottage, Big Apple, Dunkin Donuts, Baskin Robbin dan banyak lagi. Hal ini menunjukkan lambakan premis makanan berkonsepkan francais di Malaysia dan semakin bertambah seiring dengan pembangunan dan peningkatan ekonomi negara.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Abu Bakar, E., & Maizan, N. H. (2024). TAHAP KEPERCAYAAN TERHADAP JAKIM, JENAMA DAN TINGKAH LAKU PEMILIHAN PREMIS MAKANAN FRANCAIS HALAL. Jurnal Pengguna Malaysia, 27, 59–72. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/155

Issue

Section

Articles