KESANGGUPAN MEMBELI MAKANAN ORGANIK DALAM KALANGAN PENGGUNA DI IPOH, PERAK
Abstract
Makanan merupakan salah satu keperluan asas kepada manusia. Hal ini kerana tubuh badan manusia memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi. Sehubungan itu, makanan juga memberi tenaga kepada manusia untuk membesar, membiak, dan menjalankan segala aktiviti sepanjang proses kehidupan (Nurizan dan Mohd Amim, 2002). Pengguna mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas seperti makanan dan hak untuk mendapatkan makanan yang selamat. Hal ini adalah termasuk dalam lapan Hak-hak Pengguna dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan, 2011).
Sejak kebelakangan ini, permintaan terhadap makanan organik semakin meningkat. Hal ini berikutan peningkatan kesedaran umum mengenai kesihatan diri serta kepentingan menjaga alam sekitar (Rohaniza, 2010). Pengguna mengetahui bahawa kebanyakan makanan, terutama sayur-sayuran yang dijual di pasar mengandungi banyak bahan perosak dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan untuk jangka masa yang panjang (Wan Mansor, 2004).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.