FAKTOR PENYUMBANG KEPADA AMALAN BERETIKA DALAM KALANGAN PENIAGA
Abstract
Peniaga mempunyai peranan yang amat penting dalam sesuatu sistem pasaran. Hal ini kerana peniaga merupakan unit ekonomi yang menawarkan keperluan dan kehendak harian kepada setiap lapisan masyarakat (Mohd. Riduwan, 2003). Apa-apa juga tindakan yang diambil dalam perniagaan boleh memberi kesan kepada persekitaran perniagaan dan pihak berkepentingan seperti pelanggan, kakitangan dan komuniti. Justeru, amalan dan pencapaian standard etika yang tinggi bukan sahaja berfungsi sebagai kunci kejayaan sesebuah organisasi perniagaan dan juga individu yang ada dalam masyarakat (Wiley, 1995), malah ia turut memainkan fungsi pengimbang antara tanggungjawab mencari untung dengan tanggungjawab sosial yang menjadi amanah kepada peniaga (Ahmad, Mohd Yusof & Jailani, 2002).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.