PENILAIAN TAHAP PENERIMAAN DAN PERSEPSI PROGRAM KAD DISKAUN 1 MALAYSIA (1MDC)
Abstract
NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu ia membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos yang rendah (Kim & Mauborgne, 2005). Pendekatan baharu ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh kerajaan. Beliau yakin penerapan Strategi Lautan Biru dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara.
Melalui NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif yang kreatif dan lebih bersifat transformasi kepada negara. Sebagai contoh, prasarana luar bandar dibina dengan lebih pantas, sukarelawan belia digerakkan untuk usaha-usaha pembangunan bangsa dan negara, masyarakat bandar serta luar bandar mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada peluang ekonomi, sosial dan pendidikan. Kini, NBOS merupakan titik fokus kepada usaha- usaha tranformasi kerajaan dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis program-program lain, seperti Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK- 11), Program Transformasi Ekonomi (ETP), dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kejayaan NBOS membantu merangsang pertumbuhan yang pesat dan mampan di Malaysia serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.