TAHAP PENERIMAAN DAN PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PESERTA TERHADAP PROGRAM KEPENGGUNAAN KPDNKK

Authors

  • Othman Che Jusoh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Mohamad Fazli Sabri Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Ismi Arif Ismail Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Turiman Suandi Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah ditubuhkan pada 27 Oktober tahun 1990. Penubuhan KPDNKK bertujuan untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika sekali gus dapat melindungi kepentingan pengguna itu sendiri (KPDNKK, 2015). Pada tahun 2009, peranan dan fungsi kementerian ini telah diperluaskan lagi dengan merangkumi sektor francais dan koperasi yang ada di negara ini.
Bagi melancarkan pelaksanaan pendidikan kepenggunaan secara menyeluruh kepada pengguna, pihak kementerian telah mewujudkan Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BGK) dan Majlis Gerakan Pengguna (MGP). KPDNKK terdiri daripada 17 bahagian utama dan salah satu daripada bahagian tersebut ialah Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BGK) (KPDNKK, 2015). BGK merupakan satu bahagian teras di kementerian yang bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat dan melaksanakan aktiviti kesedaran kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat. Objektif penubuhan BGK adalah untuk meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna melalui latihan dan pendidikan kepenggunaan dan penyediaan sumber maklumat yang berkaitan. Selain itu, objektif BGK ialah membangunkan gerakan kepenggunaan yang lebih berkesan dan menguruskan aduan pengguna secara efisien (Bahagian Gerakan Kepenggunaan, 2015). Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) merupakan wakil persatuan yang telah dilantik oleh menteri KPDNKK. Objektif penubuhan MGPK adalah untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan, menyelaraskan pelaksanaan program dan aktiviti kepenggunaan pada peringkat negeri dan daerah. Selain itu, MGPK berperanan sebagai badan perantaraan (liason) antara pihak kerajaan dengan kerajaan negeri berkenaan bidang kepenggunaan (Gerakan Kepenggunaan, 2015). 

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Che Jusoh, O., Sabri, M. F., Ismi Arif Ismail, & Suandi, T. (2024). TAHAP PENERIMAAN DAN PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PESERTA TERHADAP PROGRAM KEPENGGUNAAN KPDNKK. Jurnal Pengguna Malaysia, 26, 80–93. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/166

Issue

Section

Articles