POLA PERBELANJAAN DAN TABUNGAN, SERTA STATUS PEMBIAYAAN DALAM KALANGAN PEMIUTANG KENDERAAN, PERIBADI DAN KAD KREDIT DI SELANGOR

Authors

  • Norain Mod Asri Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fariza Ahmad Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norlaila Abu Bakar Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rozarina Izura Tukiran Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fadhilah Hairol Zaman Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Peningkatan berterusan dalam nisbah hutang isi rumah berbanding dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan pertambahan jumlah individu yang diisytiharkan muflis setiap tahun sebenarnya boleh mengarah kepada masyarakat terperangkap dalam masalah kitaran defisit-hutang yang seterusnya akan merosakkan kelestarian ekonomi sesebuah negara. Perlu ditegaskan bahawa peningkatan hutang isi rumah yang pada awalnya membantu pertumbuhan penggunaan akan menyebabkan ekonomi yang sedang berkembang menjadi merudum dengan cepat (Azlina, Tamat, & Abu Hassan Shaari, 2013) terutama jika hutang tersebut tidak terkawal (Athanassiou, 2012). Jelas sekali hubungan antara hutang dengan output menjadi negatif akibat pengumpulan hutang berlebihan (Kim, 2013).
Jika diperhalusi kes hutang isi rumah di Malaysia, laporan Bank Negara Malaysia (2015) menunjukkan nisbah paras hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengalami peningkatan daripada 57% (2002) kepada 86.8% (2014) dan 89.1% (2015). Hal ini menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai paras hutang tertinggi antara negara membangun di Asia. Seperkara yang perlu diberi perhatian di sini ialah pertumbuhan hutang tersebut sebenarnya tidak selaras dengan peningkatan pendapatan yang lebih rendah dan dicerminkan oleh pertumbuhan KDNK. Hal ini kerana pinjaman isi rumah daripada bank dan bukan bank meningkat 7.3% pada tahun 2015 (Bank Negara Malaysia, 2015) berbanding dengan pertumbuhan sebenar KDNK sebanyak 5% pada tahun yang sama (Unit Perancang Ekonomi, 2015).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mod Asri, N., Ahmad, F., Abu Bakar, N., Tukiran, R. I., & Hairol Zaman, F. (2024). POLA PERBELANJAAN DAN TABUNGAN, SERTA STATUS PEMBIAYAAN DALAM KALANGAN PEMIUTANG KENDERAAN, PERIBADI DAN KAD KREDIT DI SELANGOR . Jurnal Pengguna Malaysia, 26, 94–111. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/167

Issue

Section

Articles