IMPLIKASI RUMAH TERBENGKALAI TERHADAP PENGGUNA YANG MENGGUNAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN ISLAM MUSYARAKAH MUTANAQISAH

Authors

  • Mohd Faisol Ibrahim Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Sebelum kemunculan sistem perbankan Islam di Malaysia pada tahun 1983, seluruh pengguna Islam di Malaysia hanya berpaksikan sistem perbankan konvensional sahaja bagi memenuhi keperluan kewangan mereka. Melalui perbankan konvensional ini, bank akan mengenakan caj faedah kepada peminjam atas pinjaman yang dilakukan oleh peminjam dan juga membayar faedah kepada para pendeposit mereka di mana kedua-dua faedah ini dianggap sebagai riba ataupun usury (Abdul Gafoor, 2005). Pembiayaan perumahan secara Islam di Malaysia hanya bermula apabila munculnya Sistem Perbankan Islam (SPI) pada tahun 1983. Kewujudan SPI ini didokongi oleh kejayaan penubuhan bank-bank Islam di Timur Tengah, seperti penubuhan Bank Mit Gham Local Saving di kawasan pendalaman Mesir (Sudin, 1996). Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputra pada tahun 1980 dan Seminar Kebangsaan Mengenai Konsep Pembangunan Dalam Islam di UKM pada tahun 1981 telah meluluskan satu resolusi bagi mendesak kerajaan membenarkan Lembaga Tabung Haji menubuhkan bank Islam di Malaysia serta resolusi agar kerajaan Malaysia menggubal akta yang membolehkan penubuhan perbankan Islam (Ab. Mumin,1999).
Pembiayaan perumahan secara Islam di Malaysia lebih dikenali dengan perumahan-i iaitu kemudahan pembiayaan berdasarkan syariah bagi pembelian semua jenis harta kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium. Ia juga boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan sedia ada yang diambil sama ada secara pinjaman perumahan konvensional mahupun skim pembiayaan perumahan-i yang lain.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mohd Faisol Ibrahim. (2024). IMPLIKASI RUMAH TERBENGKALAI TERHADAP PENGGUNA YANG MENGGUNAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN ISLAM MUSYARAKAH MUTANAQISAH. Jurnal Pengguna Malaysia, 26, 112–123. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/168

Issue

Section

Articles