TINGKAH LAKU PENGGUNAAN RACUN MAKHLUK PEROSAK DALAM KALANGAN PETANI DI SELANGOR

Authors

  • Roslina Mat Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mazlin Mokhtar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Goh Choo Ta Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ismail Sahid Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Racun Makhluk Perosak (RMP) telah dianggap komponen sangat penting dalam pertanian moden untuk memastikan penghasilan produktiviti yang tinggi. RMP digunakan secara meluas di kebanyakan kawasan pengeluaran pertanian untuk melindungi tanaman daripada serangan makhluk perosak supaya hasil dan kualiti pertanian dapat dipertingkatkan. Sebagaimana hasil kajian oleh Schreinemachers dan Tipraqsa (2012) yang mendapati peningkatan yang ketara dalam penggunaan RMP di beberapa buah negara berpendapatan sederhana seperti Brazil, Mexico, Uruguay, Cameroon, Malaysia dan Thailand. Sejak tahun 1990-an, hasil jualan RMP global kekal di antara 270–300 bilion dolar. Negara Eropah merupakan pengguna RMP terbesar dunia dan diikuti oleh negara Asia. Kebanyakan racun perosak di seluruh dunia digunakan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Sejak 1980-an, ratusan ribu racun perosak telah dicipta (Zhang et al., 2011). Di seluruh dunia termasuk di Malaysia, pelbagai jenis RMP digunakan secara meluas untuk mengawal makhluk perosak. Di Malaysia, penggunaan bahan kimia dan bahan berbahaya dalam sektor pertanian juga menunjukkan peningkatan. Hal ini kerana kebanyakan petani di Malaysia juga banyak bergantung pada racun makluk perosak. Sebagaimana kajian yang dijalankan terhadap petani di Cameron Highland, yang mendapati bahawa petani perlu menggunakan RMP sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk perlindungan tanaman. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat 10 jenis racun perosak yang digunakan di ladang-ladang kekwa dan sembilan jenis digunakan di ladang kubis (Abdullah et al., 2005).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mat Salleh, R., Mazlin Mokhtar, Goh Choo Ta, & Sahid, I. (2024). TINGKAH LAKU PENGGUNAAN RACUN MAKHLUK PEROSAK DALAM KALANGAN PETANI DI SELANGOR. Jurnal Pengguna Malaysia, 25. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/170

Issue

Section

Articles