PENGGUNAAN SUMBER DALAM KALANGAN ISI RUMAH MELALUI ANALISIS JEJAK EKOLOGI

Authors

  • Zuroni Md Jusoh Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Farhan Mat Arisah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Mumtazah Othman Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Jejak ekologi ialah kaedah yang digunakan untuk mengukur seberapa banyak ruang (di darat dan di air) yang diperlukan manusia dan kemampuan bumi untuk menyerap semula bahan buangan yang dihasilkan oleh manusia sesudah menggunakannya (Simmons, 2003). Jejak ekologi juga boleh difahami sebagai satu analisis yang akan menilai keperluan manusia dalam ekosistem dan kemampuan alam semula jadi untuk menghasilkan sumber (Wackernagel, 1994). Analisis jejak ekologi digunakan untuk menjawab persoalan, iaitu seberapa besar alam yang kita miliki jika dibandingkan dengan seberapa besar alam yang kita gunakan (Wackernagel, 1994). Konsep ini pada awalnya dibangunkan oleh Profesor Willian Rees daripada Universiti British Colombia pada tahun 1992 (Wackernagel, 1994). Analisis ini boleh diaplikasi pada peringkat individu, nasional dan juga global (Obach, 2009).
Instrumen dalam kajian ini diadaptasi daripada Grant, Littlejohn, Alibrandi, Laffitte, Oakes dan Anderson (2004) yang meliputi penggunaan air, makanan, pengangkutan, perumahan, tenaga, pakaian dan barangan. Setiap pernyataan telah diberikan pilihan jawapan yang berbeza-beza. Unit ukuran yang digunakan ialah global hektar (gha) (Wackernagel, 1994). Semakin besar kiraan maka semakin besar jejak ekologi. Semakin besar jejak ekologi, bermaksud sumber alam secara relatifnya telah digunakan secara berleluasa, iaitu tanpa perancangan yang baik. Hal ini berlaku kerana permintaan terhadap sumber alam terlalu banyak hingga mengatasi kemampuan bumi untuk menghasilkan semula bahan yang sudah digunakan.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Zuroni Md Jusoh, Mat Arisah, F., & Othman, M. (2024). PENGGUNAAN SUMBER DALAM KALANGAN ISI RUMAH MELALUI ANALISIS JEJAK EKOLOGI. Jurnal Pengguna Malaysia, 25, 46–63. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/172

Issue

Section

Articles