PENGARUH AGEN SOSIALISASI TERHADAP LITERASI KITAR SEMULA DALAM KALANGAN BELIA MUSLIM: SATU KERANGKA KONSEP

Authors

  • Norazmira Abd Raman Institut Islam Hadhari
  • Maisarah Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mashitoh Yaacob Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noor Azryani Auzairy Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 bagi menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Sementara itu, pada 27 Januari 2015, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Datuk Abdul Rahman Dahlan telah melancarkan Penjenamaan Semula PPSPPA kepada Solid Waste Corporation (SWCorp). Antara peranan utama SWCorp ialah memantau tahap prestasi syarikat- syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. SWCorp juga berperanan dalam melaksanakan kawal selia dan menguruskan sisa pepejal atau sampah dari mula sampah dikutip, diangkat sehinggalah sisa tersebut dilupuskan. Selain itu, SWCorp berperanan untuk memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien dan bersepadu di samping memberikan kepuasan yang baik kepada pengguna dari segi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA, 2007) (Akta 672), kitar semula merupakan proses memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan menghasilkan produk. Chen dan Tung (2010) menyatakan antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula ialah kaca, besi, plastik dan kertas yang dipungut, diasingkan dan dihantar ke kilang bagi diproses untuk menjadi bahan atau produk baharu.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Abd Raman, N., Ahmad , M., Yaacob, M., & Auzairy, N. A. (2024). PENGARUH AGEN SOSIALISASI TERHADAP LITERASI KITAR SEMULA DALAM KALANGAN BELIA MUSLIM: SATU KERANGKA KONSEP. Jurnal Pengguna Malaysia, 25, 64–83. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/173

Issue

Section

Articles