PENGGUNAAN DAN PERBELANJAAN MASYARAKAT PULAU PINANG TERHADAP PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS AWAM

Authors

  • Yasotha Nair Jabatan Ekonomi, Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
  • Zakaria Bahari Jabatan Ekonomi, Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Abstract

Kini, sistem pengangkutan dan perhubungan awam di sesebuah negara adalah salah satu perkara yang amat penting bagi membantu perkembangan pembangunan di negara tersebut. Secara umumnya, pengangkutan awam ialah satu perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang yang tidak menggunakan pengangkutan persendirian bagi tujuan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain (Borhan, Riza, Abdullah, & Amiruddin, 2013). Pada asasnya, perkhidmatan pengangkutan awam merangkumi perkhidmatan kapal terbang, feri, bas, teksi, kereta api dan sebagainya. Biasanya, perkhidmatan pengangkutan awam menetapkan jadual pergerakan dan laluan dari satu kawasan ke kawasan yang lain supaya dapat bergerak secara sistematik tanpa sebarang masalah. Sebelum kemunculan era automobil, perkembangan dan pembangunan sesebuah kawasan amat bergantung pada perkhidmatan pengangkutan awam, iaitu perkhidmatan pengangkutan awam ini berfungsi sebagai alat perantaraan yang digunakan oleh seseorang individu untuk bergerak dari satu kawasan perkampungan atau bandar ke kawasan yang lain (Mageean & Nelson, 2003). Selepas itu, peningkatan dalam jumlah populasi dan saiz geografi menyebabkan kemajuan dalam perkhidmatan pengangkutan awam semakin lama semakin meningkat.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Nair, Y., & Bahari, Z. (2024). PENGGUNAAN DAN PERBELANJAAN MASYARAKAT PULAU PINANG TERHADAP PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS AWAM . Jurnal Pengguna Malaysia, 25, 99–114. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/175

Issue

Section

Articles