CORAK PENGAMBILAN MAKANAN DAN TAHAP KECUKUPAN NUTRIEN DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI LEMBAH KLANG

Authors

  • Tatiana Suhaimi Universiti Putra Malaysia.
  • Norhasmah Sulaiman Universiti Putra Malaysia.
  • Syuhaily Osman Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Golongan awal dewasa merupakan individu yang berusia antara 18 hingga 24 tahun (Federal Interagency Forum on Child and Family Statistics, 2014). Adalah penting untuk menjaga kesihatan ketika berada pada peringkat umur ini kerana individu mempunyai kecenderungan untuk membentuk tabiat pemakanan yang tidak sihat (Nelson, Story, Larson, Neumark-Sztainer & Lytle, 2008). Mahasiswa universiti adalah antara golongan yang mendominasi populasi awal dewasa (Leslie, Owen, Salmon, Bauman, Sallis dan Lo, 1999). Golongan mahasiswa juga sesuai dijadikan kumpulan fokus untuk kajian yang melibatkan pemakanan (von Bothmer & Fridlund, 2005). Hal ini kerana kajian menunjukkan mahasiswa universiti mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat walaupun sering dikaitkan dengan tahap kesihatan yang memuaskan (Kolodinsky, Harvey-Berino, Berlin, Johnson & Reynolds, 2007; Papadaki, Hondros, Scott & Kapsokefalou, 2007).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Suhaimi, T., Sulaiman, N., & Osman, S. (2024). CORAK PENGAMBILAN MAKANAN DAN TAHAP KECUKUPAN NUTRIEN DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI LEMBAH KLANG. Jurnal Pengguna Malaysia, 25, 115–133. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/176

Issue

Section

Articles