AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

Authors

  • Nashaqilla Norlee Rosslee Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Elistina Abu Bakar Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan penduduk Islam di Malaysia meningkat dari tahun ke tahun dan telah mencapai lebih separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk negara. Sebagai sebuah negara majmuk dengan populasi Islam terbesar, tentunya proses pemilihan dan pembelian produk bagi pengguna Islam adalah berdasarkan ketentuan syariat (Dianti, 2013). Peningkatan kesedaran dalam kalangan penduduk Islam di seluruh dunia telah meningkatkan permintaan bagi produk halal (Hasleena, Zuraini, Normala, & Kamaruzaman, 2013). Walau bagaimanapun, status halal bukan hanya perlu jelas dalam produk makanan sahaja, malahan apa- apa barang yang diguna pakai, seperti produk farmaseutikal dan produk kosmetik. Hal ini kerana makanan, produk farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan diri merupakan tuntutan keperluan manusia yang penting bagi masyarakat moden hari ini (Mursyidi, 2013).
Pengguna Islam pada hari ini berhadapan dengan pilihan yang luas bagi produk dan perkhidmatan. Setiap kategori produk menawarkan banyak jenama yang berbeza-beza, sama ada dari dalam mahupun luar negara. Hal ini menimbulkan isu status halal bagi produk-produk yang pengguna sendiri tidak tahu akan kandungan yang terdapat dalam produk tersebut (Syed & Nazura, 2011). Oleh itu, isu mengenai pemilihan produk halal dilihat semakin serius dalam kalangan penduduk Malaysia, terutama bagi yang beragama Islam. Pada tahun 2004, Malaysia telah mengeluarkan standard Halal MS1500:2004 yang dikatakan yang pertama seumpamanya di dunia. Standard Halal MS1500:2004 ialah garis panduan dalam penyediaan dan pengendalian makanan halal atau peraturan asas produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan oleh industri makanan. MS1500:2004 dibangunkan mengikut kaedah ISO dan merupakan piawaian halal yang pertama dibangunkan oleh negara Islam (Nik & Filzah, 2009).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Rosslee , N. N., & Abu Bakar, E. (2024). AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA. Jurnal Pengguna Malaysia, 23, 38–57. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/188

Issue

Section

Articles