AMALAN PENGGUNAAN SEMULA SISA PEPEJAL DALAM KALANGAN ISI RUMAH
Abstract
Secara umumnya, negara maju mempunyai tahap kualiti hidup yang baik. Justeru, tahap kualiti hidup yang tinggi merupakan ciri penting bagi Malaysia, iaitu selaras dengan matlamat untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pendapatan per kapita yang lebih tinggi malah menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Hal ini bermakna rakyat Malaysia juga dapat merasai, antaranya perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang lebih berkualiti, alam sekitar yang lebih terpelihara, persekitaran kerja yang kondusif serta sistem pengangkutan dan komunikasi yang cekap. Taraf hidup rakyat juga dipertingkatkan lagi dengan kediaman yang sesuai dan selesa dalam persekitaran yang harmoni dan selamat. Sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7), negara telah meletakkan sasaran yang tinggi untuk membangun secara lestari. Selain itu, Dasar Pengguna Negara (DPN) juga telah menekankan perlunya pengguna mempunyai kesedaran tentang aspek penggunaan lestari dan meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber yang terhad. Menurut Laporan Kualiti Hidup Malaysia (2011), subindeks alam sekitar meningkat sebanyak 6.6 mata pada tahun 2010 berikutan peningkatan kualiti air sungai terpilih dan lebih banyak kawasan mencatatkan kualiti udara yang baik. Peratusan sungai bersih meningkat daripada 28.0 peratus pada tahun 2000 kepada 51.0 peratus pada tahun 2010. Bagi kualiti udara pula peratusan stesen yang mencatatkan kualiti udara yang baik meningkat daripada 84.3 peratus kepada 86.1 peratus dalam tempoh tersebut.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.