PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PENGGUNA TERHADAP MAKANAN LESTARI
Abstract
Seiring dengan arus pembangunan dunia dari segenap sudut, pasaran dan pengguna turut mengalami impak yang menyebabkan perubahan dalam corak penggunaan dan pasaran. Makanan merupakan keperluan paling utama bagi semua benda hidup bagi menjalani kehidupan seharian (Phuah, 2012). Makanan penting bagi memberi tenaga kepada manusia amnya dan menjamin kesihatan manusia dengan membekalkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan (Lam & Zuroni, 2013). Oleh itu, pengguna mempunyai hak untuk memilih makanan yang selamat untuk dimakan dan baik untuk tubuh badan. Menurut Fraser (2001), terdapat tiga faktor utama dalam pemilihan makanan iaitu keselamatan makanan, perlindungan alam sekitar dan kebajikan haiwan.
Kepesatan ekonomi semasa dan corak penggunaan dan perlakuan pengguna serata dunia kini menjadi punca utama kepada masalah alam sekitar (Phuah, 2012). Masalah alam sekitar bukanlah perkara baharu, malahan menjejaskan alam sekitar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia bukan sahaja pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat negara (Khwaja, 2008). Permasalahan ini telah menjurus ke arah keprihatinan terhadap alam sekitar, iaitu kepada pemasaran lestari oleh pengeluar dan peniaga demi mencapai masa depan yang lestari (Schlegelmilch et al., 1996). Maka muncul idea makanan lestari yang menjadi salah satu inisiatif bagi mencapai masa depan lestari selaras dengan permintaan pasaran (Lin, 2006).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.