PERLINDUNGAN PENGGUNA DI BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 (PINDAAN 2006)
Abstract
Kebelakangan ini banyak isu yang timbul tentang bekalan makanan yang tidak mencukupi untuk pengguna. Para pengguna pernah berhadapan dengan isu kekurangan gula, tepung, beras, ayam dan minyak masak yang menjadi keperluan asas pengguna. Justeru, artikel ini ingin mengupas lebih lanjut mengenai undang-undang yang mengawal bekalan makanan dan barang- barang untuk pengguna. Undang-undang yang berkaitan ialah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2006) Akta 122 (‘Akta 122’) dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. Undang-undang ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengawal dan mencatu bekalan barang-barang apabila keadaan memerlukan. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penawaran bekalan makanan dan barang-barang pengguna, seperti kenaikan harga bahan mentah dunia, pergolakan politik dan bencana alam. Akta ini memastikan wujudnya keseimbangan dalam pasaran, iaitu barang-barang kawalan ini mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan dalam setiap keadaan. Justeru, menjadi satu kesalahan di bawah Akta 122 ini jika barang-barang kawalan disorok, dihentikan pengeluaran tanpa sebab yang munasabah, enggan dijual atau dikenakan syarat yang tidak berpatutan. Akta ini dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Pelaksanaan Akta 122 ini juga dilihat sebagai satu cara untuk menyokong salah satu hak pengguna, iaitu untuk mendapat keperluan asas.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.