LITERASI, SOSIALISASI, TINGKAH LAKU DAN KOMPETENSI KEWANGAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Abstract
Salah satu kemahiran penting dalam kehidupan seseorang ialah kemahiran pengurusan kewangan yang dipelajari sejak kecil (Abramovitch, Freedman & Pliner, 1991; Clercq, 2009). Tidak pernah terlalu awal bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang asas menguruskan kewangan kerana wang adalah salah satu keperluan yang penting bagi setiap individu dalam memenuhi kebanyakan matlamat yang ingin dicapai. Akan tetapi, wang juga merupakan salah satu punca kepada kebanyakan masalah yang berlaku. Bagi sesetengah individu, bebanan masalah kewangan yang tidak pernah berkesudahan boleh menjejaskan kesejahteraan hidup. Ramai yang terhimpit dengan beban kewangan, termasuklah golongan remajakerana masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka boleh menganggu kehidupan remaja tersebut, terutama dari segi pembelajaran.
Menurut Jabatan Insolvensi Negara, sebanyak 19,575 orang rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis pada tahun 2012 dan statistik tertinggi menunjukkan golongan belia yang berumur 35 hingga 44 merupakan golongan muflis yang paling tinggi iaitu seramai 7,164 orang. Hal ini sangat membimbangkan kerana golongan muda merupakan aset penting dalam membangunkan negara. Walaubagaimanapun, hal ini mampu diatasi jika seseorang individu mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik. Kebanyakan punca masalah kewangan yang berlaku sebenarnya bermula daripada amalan serta tingkah laku individu itu sendiri dalam mengendalikan kewangan,seperti berbelanja melebihi pendapatan, penggunaan kredit yang berlebihan, banyak membeli mengikut kehendak daripada keperluan dan tidak mempunyai simpanan untuk masa kecemasan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.