PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PEKERJA MUDA

Authors

  • Nuraini Abdullah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Mohamad Fazli Sabri Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Husniyah Abdul Rahim Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Peningkatan kos sara hidup dan pendapatan isi rumah yang tidak stabil dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan bebanan hutang, terutamanya dalam kalangan pekerja muda yang akhirnya mendorong kepada masalah muflis. Senario muflis dalam kalangan pekerja muda bukan hanya berlaku di Malaysia, malahan menjadi topik yang hangat dibincangkan di serata dunia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada tahun 2012, seramai 19,575 ribu penduduk Malaysia telah diisytiharkan muflis dengan 11,264 ribu terdiri daripada pekerja muda dibawah umur 40 tahun. Di Jerman, misalnya pada tahun 2011 mempunyai kepadatan penduduk seramai 6.4 milion dan hampir 243,000 ribu pekerja muda berada dalam keadaan hutang yang tinggi (Zimmermann, 2011). Hal yang sama turut berlaku di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat, iaitu peningkatan hutang pekerja muda bertambah hampir 100% di UK dan 52% di Amerika Syarikat pada tahun 2004. Peningkatan hutang yang berpanjangan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan berlakunya Krisis Kewangan Global (GFC), (Stutchbury, 2010).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Abdullah , N., Sabri, M. F., & Abdul Rahim , H. (2024). PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PEKERJA MUDA . Jurnal Pengguna Malaysia, 21, 16–34. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/195

Issue

Section

Articles