AMALAN PENGGUNAAN LESTARI “4R” DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA

Authors

  • Mumtazah Othman Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Naimah Mohd Salleh Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Putri Musrifah Megat Johari Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun menjelang tahun 2020. Namun demikian, disebalik kerancakan proses urbanisasinya Malaysia menghadapi krisis penjanaan sampah atau sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduknya. Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan menyatakan jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada tahun 2005 atau secara puratanya 0.8 kilogram per kapita sehari. Sisa pepejal di Malaysia secara puratanya terdiri daripada 45.0% sisa makanan, 24.0% plastik, 7.0% kertas, 6.0% besi, 3.0% kaca dan bahan lain. Hal ini secara langsung dapat memberi gambaran negatif tentang apa yang bakal berlaku kepada persekitaran kita untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang. Usaha untuk mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal telah dijalankan oleh pihak kerajaan, contohnya melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui pelancaran program kitar semula pada tahun 1993 bagi mengatasi masalah tersebut (http://www.kitarsemula.com.my).

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Othman , M., Mohd Salleh , N., & Megat Johari , P. M. (2024). AMALAN PENGGUNAAN LESTARI “4R” DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA. Jurnal Pengguna Malaysia, 21, 35–55. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/196

Issue

Section

Articles