TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PENGGUNAAN PRODUK MAKANAN ORGANIK DALAM KALANGAN PENGGUNA DI KUALA KRAI, KELANTAN
Abstract
Dalam era yang semakin maju, kini pelbagai kaedah penghasilan bahan makanan dilakukan dan menjadi satu usaha yang berterusan untuk memenuhi cita rasa dan makanan yang selamat dimakan oleh pengguna. Perubahan dalam struktur ekonomi dan demografi yang berlaku di Malaysia pula telah menjawab persoalan segmen pasaran makanan yang perlu dihasilkan dalam industri makanan. Salah satu daripada usaha tersebut ialah hasil pertanian secara organik. Dalam pada itu, kemajuan dalam bidang pertanian dan pasaran telah membawa kepada permintaan untuk pengeluaran makanan, makanan mudah sedia dan makanan kesihatan oleh pengguna yang terdiri daripada makanan organik (Golnaz, Zainalabidin, Mad Nasir, & Phuah, 2011).
Perhatian terhadap makanan yang dihasilkan secara organik semakin meningkat di serata dunia. Hal ini berpunca daripada keprihatinan pengguna tentang amalan pertanian intensif dan kesannya terhadap kesihatan manusia dan juga alam sekitar (Wier, Andersen & Millock, 2003). Maklumat statistik boleh didapati daripada 141 buah negara di dunia dengan bahagian tanah ladang dan pertanian ini terus berkembang di kebanyakan negara. Keputusan utama kajian global menunjukkan pertanian organik yang disahkan ialah sebanyak 32,200,000 hektar tanah yang diuruskan oleh lebih daripada 1.2 juta pengeluar, termasuk pekebun kecil (Willer & Klicher, 2009).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.