PERBELANJAAN AWAL MUSIM PERSEKOLAHAN: PERBANDINGAN MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DI MALAYSIA
Abstract
Aspek yang berkaitan dengan pembangunan modal insan sangat perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyatnya. Tujuannya adalah untuk melahirkan rakyat yang mampu berdikari, berdaya saing dan akhirnya mampu membangunkan ekonomi dan meningkatkan kemakmuran negara tersebut. Begitu juga halnya dengan kaedah meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup sesebuah keluarga, iaitu melalui pelaburan modal insan ahli keluarga tersebut.
Antara langkah awal yang perlu diberi perhatian yang serius oleh sesebuah keluarga adalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan persekolahan anak- anak mereka. Oleh itu, dalam merealisasikan pelaburan modal insan yang dimaksudkan ini, tingkah laku kewangan yang baik akan dapat membantu meningkatkan kesejahteraan kewangan dan seterusnya kesejahteraan kehidupan secara keseluruhannya (Baek & DeVaney, 2004; Husniyah & Fazilah, 2009; Kim & Garman, 2003; Zaimah et al., 2013).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.