PERLINDUNGAN PENGGUNA TERHADAP KESELAMATAN MAINAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Authors

  • Nur ‘Afni Hashim Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Afida Mastura Muhammad Arif Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Aini Mat Said Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kecederaan yang berlaku kepada kanak-kanak boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan penyebab contohnya kurang penyeliaan, rekabentuk barang, cara amalan kanak-kanak bermain, persekitaran bermain dan banyak lagi (Nelson, 2005). Kajian yang dilakukan oleh Hasni, Junainah dan Jamaliah (2003) mendapati 72% daripada kes kecederaan yang berlaku kepada kanak-kanak berusia antara 1 hingga 4 tahun adalah disebabkan oleh mainan. Kecederaan ini bukan hanya menampakkan kesan luaran fizikal seperti terluka tetapi boleh memberikan kesan yang lebih serius seperti kesan ke atas sistem tubuh dan kematian. Senario penarikan balik mainan kanak- kanak di peringkat antarabangsa telah mencetuskan kebimbangan di serata dunia termasuk di Malaysia (Fadilah, 2008; Bapuji dan Laplume, 2008). Hal ini juga telah membuka mata pihak kerajaan untuk menggubal undang- undang yang berkaitan dengan keselamatan mainan dan memberi kesedaran kepada pihak pengguna untuk lebih mengambil berat tentang mainan yang dibeli untuk anak-anak mereka.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Hashim , N. ‘Afni, Muhammad Arif , A. M., & Mat Said , A. (2024). PERLINDUNGAN PENGGUNA TERHADAP KESELAMATAN MAINAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA . Jurnal Pengguna Malaysia, 21, 109–121. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/200

Issue

Section

Articles