TIADA JAMINAN KEDAPATAN MAKANAN ISI RUMAH DI KAMPUNG PULAU SERAI, DUNGUN, TERENGGANU
Abstract
Krisis makanan dunia yang berlaku dari tahun 2006 hingga 2008 memberi kesan yang berbeza kepada sesebuah negara. Krisis makanan ini memberi kesan yang lebih serius kepada negara-negara mundur yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan makanan daripada makanan import (The State of Food Insecurity, 2011). Bank Dunia melaporkan bahawa tambahan sebanyak 44 juta orang telah tergolong dalam golongan miskin kerana kenaikan mendadak harga makanan sejak Jun 2010 (World Bank, 2011). Kenaikan harga makanan memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat, terutamanya kepada golongan dewasa yang mengalami tiada jaminan kedapatan makanan yang disebabkan oleh tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan hingga menyebabkan golongan ini tidak makan beberapa hari (Seligmen, Laraia, dan Kushel, 2010). Tiada jaminan kedapatan makanan bermakna kesukaran untuk mendapatkan barangan dan harga makanan yang tinggi hingga menyumbang kepada tiada jaminan kedapatan makanan (Kaufman, 1999).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.