PENGETAHUAN DAN JANGKAAN PELABURAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Abstract
Perkembangan kemudahan kewangan terutama kemudahan kredit, pelaburan dan perbankan memerlukan pengguna mempunyai pengetahuan kewangan supaya dapat menggunakan kemudahan sedia ada untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan individu. Kepelbagaian keperluan seperti simpanan untuk waktu kecemasan, pendidikan anak-anak, pengurusan kredit dan risiko (insurans/takaful), perancangan persaraan dan estet diikuti dengan sumber yang terhad merupakan cabaran pengurusan kewangan individu pada hari ini. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran merancang kewangan boleh mendatangkan masalah kewangan kepada individu itu sendiri (Mohd. Fazli et al., 2006; Hira dan Loibl, 2005).
Kepentingan membuat keputusan pelaburan dengan teliti dan sistematik adalah penting dalam kalangan individu yang berminat untuk melabur. Hal ini kerana ia mempunyai kesan langsung ke atas kualiti hidup individu. Dengan ini, keputusan pelaburan seperti membuat pengumpulan dana dalam aktiviti pelaburan adalah untuk membayar wang pendahuluan pinjaman rumah atau kereta, pendidikan kanak-kanak, mencapai matlamat peribadi dan persaraan (Volpe, Chen, dan Pavlicko, 1996). Edward Lloyd pula telah memudahkan akitiviti pelaburan ini dengan mengembangkan industri insurans dan juga penyebaran maklumat mengenai pengambilan polisi insurans. Malahan, penglibatan dalam pelaburan merupakan salah satu teknik pemindahan risiko (Bailey dan Kinerson, 2005).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.