PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP LOGO/SIJIL HALAL: KAJIAN KES DI SELANGOR

Authors

  • Norain Mod Asri Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mhd. Suhaimi Ahmad Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wook Endut Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak. Berlawanan dengan konsep halal ini pula adalah haram yang bermaksud tidak dibenarkan atau tidak dibolehkan oleh hukum Syarak. Sementara, konsep Halalan Thoyiban pula bukan hanya terbatas kepada bersih dan suci daripada khinzir atau najis, tetapi ia turut mengambil kira aspek lain seperti perolehan (seperti ayam yang dijual bukanlah hasil curi), penyimpanan (disimpan di tempat yang bersih dan jauh daripada binatang yang haram seperti anjing dan khinzir), penyembelihan (disembelih mengikut hukum syarak), pembungkusan serta penyajian. Walaupun konsep halal dan haram ini kebiasaannya dikaitkan secara langsung dengan produk makanan, kosmetik dan kesihatan, namun, dalam realiti ia sebenarnya mencakupi setiap aspek kehidupan orang Muslim.
Di Malaysia, kesedaran terhadap ajaran Islam telah mengubah gaya hidup masyarakat kini yang amat mementingkan isu halal dalam penggunaan seharian. Implikasinya, permintaan yang mendadak terhadap produk halal telah berjaya memajukan industri produk halal domestik. Seiring dengan kepesatan industri tersebut, menerusi Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006- 2020, kerajaan Malaysia telah mengenalpasti tiga perkara yang mampu menjadikan Malaysia sebagai hub halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan. Pertama, saiz populasi Muslim yang besar di seluruh dunia. Kedua, barangan halal turut diterima oleh masyarakat bukan Muslim.Ketiga, dagangan bagi pasaran produk halal global diunjurkan mencecah US$2.1 trillion setahun yang mana ini telah mewujudkan minat terhadap pengeluaran produk halal oleh negara Islam dan bukan Islam.

Downloads

Published

13-09-2024

How to Cite

Mod Asri, N., Ahmad , M. S., & Wook Endut. (2024). PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP LOGO/SIJIL HALAL: KAJIAN KES DI SELANGOR. Jurnal Pengguna Malaysia, 20, 37–57. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/204

Issue

Section

Articles