PEMBELIAN LESTARI DALAM KALANGAN PEKERJA AWAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Abstract
Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah berkembang dengan pesat dari sudut pembangunan, ekonomi dan pendidikan. Bagi mencapai negara maju pada tahun 2020, Malaysia perlu menjadi negara yang bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.
Menyentuh nilai moral, sikap masyarakat Malaysia terhadap alam sekitar masih boleh dipersoalkan. Penghasilan sampah atau sisa pepejal yang disumbangkan oleh pengguna Malaysia di sebalik kerancakan urbanisasi amat membimbangkan. Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT, 2003), kawasan perbandaran di Malaysia menghasilkan kira-kira 15,000 tan sisa pepejal perbandaran sehari berbanding dengan 12,467.6 tan sehari pada tahun 1991. Bagi mengatasi masalah pengurusan sampah sarap, KPKT telah melancarkan program kitar semula pada tahun 1993, namun program ini tidak berjaya mencapai matlamatnya.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.