PENGGUNAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN SERTA PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN SUKU KAUM SEMOQ BERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Abstract
Makalah ini memberi tumpuan kepada penggunaan barangan dan perkhidmatan arus perdana dalam kalangan masyarakat Orang Asli khususnya suku kaum Semoq Beri di Terengganu dan Pahang. Komuniti Masyarakat Orang Asli telah di arus perdana kan dan telah wujud perubahan dari segi budaya penggunaan mereka (Mohd. Roslan, Sarjit, & Ma’rof, 2011). Pengaruh globalisasi, yang turut membawa penggunaan arus perdana sukar dihalang daripada meresap dalam komuniti seperti ini. Seperti juga komuniti lain, komuniti Orang Asli telah didedah dan terdedah kepada ekonomi tunai dan penggunaan arus perdana dari segi penggunaan barangan dan perkhidmatan. Pengaruh tersebut telah dan sedang menyelinap masuk, walaupun lokasi petempatan komuniti ini jauh di kawasan pedalaman (Sarjit, Mohd. Roslan, & Ma’rof, 2010).
Bagi masyarakat Orang Asli, mereka juga tidak terkecuali daripada terlibat dalam arus penggunaan perkhidmatan dan pembelian barangan yang mengikut peredaran masa. Pembangunan telah memberikan impak kepada corak perbelanjaan dan penggunaan dalam pembelian dan perkhidmatan (Gomes, 2004; Horrobin, 2006a & 2006b; Hawkins, Mothersbaugh, & Best, 2007). Penggunaan barangan dan perkhidmatan arus perdana dalam masyarakat Orang Asli memberi pemahaman tentang kedinamikan budaya yang mendasari tingkah laku penggunaan (Ma’rof & Mohd. Taufiq, 2008; Mohd. Roslan, 2010). Selain itu, budaya penggunaan merupakan konsep yang digunakan untuk menerangkan keadaan apabila kegembiraan seseorang adalah dikaitkan dengan pembelian pemilikan dan penggunaan barangan (Sarjit et al., 2010; Ma’rof & Mohd. Taufiq, 2008).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.