TINGKAH LAKU PEMBELIAN KOMPUTER RIBA DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

Authors

  • Nuraini Ishak Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Zuroni Md Jusoh Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Rozita Naina Mohamed Department of Entrepreneurship & Marketing Studies, Faculty of Business & Management, Universiti Teknologi MARA

Keywords:

Tingkah laku pembelian, Sikap, Persepsi, Pengetahuan, Kesanggupan membayar

Abstract

Tingkah laku pengguna terhadap pembelian komputer riba adalah tumpuan utama bagi penganalisis pasaran, penjual dan penggerak utama dalam pembelian oleh pengguna. Tujuan kajian adalah untuk menentukan perkaitan antara pembolehubah seperti sikap, pengetahuan, kesanggupan membayar dan persepsi kawalan dengan tingkah laku pembelian komputer dalam kalangan pelajar IPT. Kajian ini adalah berdasarkan tinjauan terhadap 200 pengguna mengenai tingkah laku pembelian komputer riba dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan pembolehubah sikap dan persepsi kawalan tingkah laku mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif dengan tingkah laku pembelian komputer iaitu (r=0.004, p>0.05) dan (r=0.049, p>0.05). Sementara pembolehubah pengetahuan dan kesanggupan membayar dalam pembelian komputer riba didapati tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tingkah laku pembelian komputer iaitu (r=0.347, p<0.05) dan (r=0.700, p<0.05). Hal ini kerana, pelajar lebih cenderung mengutamakan kualiti dan kebolehpercayaan sebelum dan semasa membuat pembelian komputer riba.

 

Abstract
Consumer behaviour towards laptop purchases is a major focus for market analysts, vendors and key drivers in consumer purchases. The purpose of the study is to determine the relationship between variables such as attitude, knowledge, willingness to pay and perception of control with computer purchasing behaviour among IPT students. This study is based on a survey of 200 consumers on laptop purchasing behaviour using simple random sampling. The results of the study show that the variables of attitude and perception of behavioural control have a significant and positive relationship with the behaviour of computer purchases, namely (r=0.004, p>0.05) and (r=0.049, p>0.05). While the variable of knowledge and willingness to pay in the purchase of a laptop computer was found to have no significant relationship with the computer purchase behaviour which is (r=0.347, p<0.05) and (r=0.700, p<0.05). This is because students are more likely to prioritize quality and reliability before and during the purchase of a laptop.

Keywords: Purchase behaviour, Attitude, Perception, Knowledge, Willingness to pay

 

Downloads

Published

08-09-2024

How to Cite

Ishak, N., Md Jusoh, Z., & Mohamed, R. N. (2024). TINGKAH LAKU PEMBELIAN KOMPUTER RIBA DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA). Jurnal Pengguna Malaysia, 39(2), 133–156. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/21

Issue

Section

Articles