PERBELANJAAN DAN TIADA JAMINAN KEDAPATAN MAKANAN ISI RUMAH DALAM KALANGAN PENERIMA BANTUAN PUSAT URUS ZAKAT PULAU PINANG, BUKIT MERTAJAM
Abstract
Tiada jaminan kedapatan makanan berlaku dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah sam ada yang tinggal di luar bandar mahupun bandar. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan kos sara hidup meningkat, dan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah yang paling merasa tempiasnya. Peningkatan harga makanan akan mengakibatkan kurangnya kepelbagaian makanan dan kuantiti makanan, terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (Action Against Hunger, 2008). Institut Penyelidikan Polisi Makanan (2008), melaporkan bahawa peningkatan harga makanan memberi kesan kepada golongan miskin dan isi rumah yang mengalami masalah tiada jaminan kedapatan makanan. Kebanyakan isi rumah di negara membangun membelanjakan 50% hingga 60% atau kesemua pendapatan untuk membeli makanan (Institut Penyelidikan Polisi Makanan, 2008). Edward, Nusrat, Eva-Charlotte, dan Ruchira (2003) menyatakan tiada jaminan kedapatan makanan berkait rapat dengan ekonomi dan sumber sosial, pendapatan atau jumlah perbelanjaan. Pendapatan adalah salah satu daripada indikator paling penting terhadap tiada jaminan kedapatan makanan dan kelaparan (Donald, 1999).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengguna Malaysia

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.